Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya!



Selamat Hari Raya kepada semua umat-umat Islam...
Berkemungkinan esok raya atau lusa.... (manalah taukan)

Selama kita berpuasa 30 hari, Haziq ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog Haziq. Haziq juga nak minta maaf kalau ada tersilap kata dan terkasar bahasa.







Baiklah, sekarang Haziq ingin menceritakan pengalaman Haziq beraya tahun lepas di Terengganu. Di sana, ada bezanya, dan perbezaan ini tak lain tak bukan tentang MAKANAN!

Pernah sekali tetamu akan disajikan makanan yang enak dan mengharumkan seperti nasi dagang dan keropok lekor. Bukan main sedap keropok lekor dan nasi dagang yang Haziq makan.
Ada juga tuan rumah yang menyediakan nasi minyak bersama rendang atau ayam masak merah. Selepas itu kita dijemput makan buah-buahan yang dipetik dari belakang rumah ataupun dibeli.

Uhh..kecur air liur kalau baca post ni kan...Jadi berayalah dengan gembira di Terengganu. Terengganulah tempat yang paling istimewa untuk kite menyambut kedatangan Hari Lebaran ini...

Wassalam.



0 comments: