Wednesday, April 7, 2010

Mana Langkahku Sekarang?

Sudah setahun Haziq duduk di Terengganu, dan banyak benda yang best berlaku di sini.
Jumpa kawan baru, mengalami kehidupan yang tak terkata, jiran baru dan baaaaaanyak lagi.

Haziq besryukur ke hadrat Ilahi kerana menempatkan Haziq di bumi Terengganu ini.
Di sini juga, keadaannya yang nyaman dan segar mudah meringankan fikiran Haziq. Lepas hujan, mesti dengar burung-burung berkicauan dengan gembira. Benda ni memang dah jadi perkara rutin Haziq masa bulan November hingga awal bulan Januari. EEEE BESTNYA....

Oleh itu, perkara ini Haziq harus berterima kasih kepada Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk berada di sini untuk menikmati hidup baru Haziq. Keindahan di dunia memang menyenangkan manusia tetapi perlulah ingat bahawa hari pembalasan akan datang bila-bila masa. Untuk akhirnya, Haziq ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca-pembaca blog ini, agar perbanyakkan amalan dan perlu seimbang dunia dan akhirat. Nampaknya Haziq sudah nampak di mana langkah Haziq sekarang ni......

Sekian, harap maklum.......