Saturday, May 29, 2010

Pulau Bermasjid...


TTI (Taman Tamadun Islam) mempunyai pelbagai replika masjid. Tapi korang ingat takde masjid untuk beribadah ke? Orang di Kampung Losong menjadikan masjid ini sebagai tempat untuk berjemaah bersama-sama. Nak tahu masjid apakah yang terletak di Pulau Wan Man ni. Tak lain tak bukan Masjid Kristal yang bersinar-sinaran pada waktu malam.

Nak tau tak tentang Masjid merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.


Haziq telah melawat tempat itu dan merasakan tempat itu sangat cantik dan telah membawa nur cahaya kepada penduduk di Kuala Terengganu. Ada juga perasaan nak menangis bila melihat penduduk Terengganu mengimarahkan masjid itu.

Untuk pengetahuan pembaca, masjid bukan sekadar satu masjid tetapi juga menyediakan pelbagai kemudahan bagi yang menunaikan solat. Apa kemudahannya ? Macam masjid menyediakan telekung, Al-Quran (itu biasakan), Yasin, serban, jubah dan BANYAKKKKKKKK LAGI!

Tempat ini cantik dan memang disyorkan bagi pelancong untuk mengunjungi tempat ini. Percayalah, tempat ini tidak akan mengecewakan hati pelancong semua.....

0 comments: