Friday, April 30, 2010

Ko-ko jangan tak Ko-ko

Lamanya dah tak update blog, Heheehehehe....

Yelah, sebab akhir-akhir ini, Haziq sangat sibuk dengan aktiviti di SMKA Tok Jiring. SMKA Tok Jiring telah mengadakan Minggu Kokurikulum dan memang serooooooooooooooooooonok!

Hari pertama sekolah telah mengadakan beberapa pertandingan seperti Kitobah (Syarahan Bahasa Arab), Syarahan, Public Speaking, Hiwar (lakonan Bahasa Arab), membaca Berita dan Nasyid. Haziq memasuki pertandingan Public Speaking sebab Haziq ada pengalaman masuk Public Speaking masa Haziq tahun 5 dengan 6.

Memang mencabar sedikit sebab Haziq bertanding dengan senior-senior, tetapi Alhamdulillah Haziq dapat tempat pertama. YAHOO!!! Hari seterusnya ada pertandingan Bola Jaring dengan Futsal. Hari kemuncaknya pula adalah pertandingan memasak, kawad kaki, membina model dan ada juga aktiviti gerai jualan.

Penat betul nak jaga 2 gerai, Gerai PRS dengan Taekwando. Nasib baiklah gerai tu sebelah-bersebelahan. Best juga jadi promoter dengan tukang buat rojak. Ramai yang datang untuk membeli jualan gerai kami. Memori yang indah sekali.

Akhirnya, ada penyampaian hadiah dan Haziq juga kena mempersembahkan Public Speaking dengan gahnya. Hahahaa! Minggu Kokurikulum berakhir begitu sahaja. Harap sangat sekolah akan mengadakan minggu ini tahun depan.

Oklah tu je. Nanti Haziq akan cerita sesuatu yang lagi seronok dalam kehidupan di Terengganu.

0 comments: