Janji tetap janji....Hari ini Haziq nak sambung tentang kategori wau naik dalam Pertandingan Wau di Kampung Buluh Gading.
Kategori inilah yang mendapat sambutan ramai. Jadi persaingan agak sengit untuk memenangi hadiah yang agak lumayan. Selepas peserta mendaftarkan diri, mereka diarahkan untuk
mengukur tali mereka masing-masing. Panjang tali tak boleh melebihi 100 meter. Pertandingan dimulakan pada pukul 2 petang .
(WOW! - antara wau yang dipertandingkan)
8 peserta akan bertanding bagi setiap sesi pelepasan. Mereka diberi masa selama 7 minit untuk menaikkan dan memastikan wau stabil terbang di udara.
Jarak antara orang yang meluncurkan wau dengan yang menarik talinya lebih kurang 100 meter.
Tali wau kemudiannya di ikat pada alat pengukur khas. Wau yang naik paling tinggi dikira sebagai pemenang.
Bagaikan melihat pelbagai jenis burung berterbangan di udara. Selepas itu wisel ditiup menandakan masa sudah tamat dan peserta perlu menurunkan semula wau mereka.
Pertandingan ini tamat pada pukul 5.00 petang. Walaupun Haziq tidak dpt menonton hingga ke akhir pertandingan, Haziq tahu yang pertandingan ini memang menyeronokkan. Ada hati juga nak masuk pertandingan tu tahun depan kalaulah ada rezeki, hi hi hi. Banyak pengalaman Haziq dapat.
Pertandingan sebegini sepatutnya dianjurkan dengan lebih kerap dan diberi sokongan untuk mengekalkan budaya tradisi. Ia juga boleh dijadikan sebagai tarikan pelancong . Haziq yakin pelancong akan tertarik melihat keunikan wau yang cantik dan kebolehan peserta merekacipta wau tradisional. Oleh itu permainan tradisional seperti permainan wau haruslah di jaga dan generasi muda harus dipupuk untuk mencintainya agar permainan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
so cukup setakat ini tentang pertandingan wau jumpa lagi ..........
Wednesday, April 14, 2010
Pertandingan Wau di Kampung Buluh Gading ... (part 2)
Posted by Hajiku-chan at 6:48 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment