Sunday, April 11, 2010

Pertandingan Wau di Kampung Buluh Gading ... (part 1)


Dalam perjalanan Haziq ke Pasar Manir, Haziq ternampak ramai orang sedang sibuk mendirikan kanopi di kawasan tanah lapang dan ada sebuah wau yang amat besar di pintu masuk tanah lapang itu.


Ada satu iklan pada papan pernyataan yang menyatakan......

Seronok didengar sebab jarang Haziq dengar benda macam ni kat mana-mana.


Haziq, Mama, dan Abah pergi ke tapak tersebut tapi pertandingan belum bermula lagi. Jadi Haziq dan Abah bercadang untuk pergi lepas Zohor.

Pada pukul 1.30 tengah hari, kami balik ke tempat pertandingan dan tengok ramai orang sedang beratur untuk mendaftarkan diri dalam pertandingan yang disediakan. Terdapat tiga kategori pertandingan iaitu Wau Tambang Malam (yang sudah dijalankan), Wau Naik dan Wau Rekacipta. Pertandingan ini mendapat sambutan lebih daripada 200 orang dan telah bermula pada 8 April 2010 dengan kategori pertandingan Wau Tambang Malam.

Dalam Wau Tambang Malam, peserta menaikan wau mereka dari pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam dan dibiarkan terbang sendirian sepanjang malam. Bagi pertandingan kali ini, wau yang telah memenangi tempat pertama berada di udara sehingga pukul 10 pagi esoknya.

Hari ni pula ade kategori rekacipta wau. Pelbagai bentuk wau yang Haziq tengok,




kapal terbang, lebah, kelawar dan ade juga unicorn.

OK LAH setakat ni sahaja. Esok, Haziq sambung tentang pertandingan wau naik pula........

2 comments:

Manager La said...

Ibubapa saya org trgnu jgk.katanya kg Gading Buluh tk ada tapi kg buluh gading adalah kt trgganu tu.

Hajiku-chan said...

tima kasih sbb memperbetulkan ayat saye :)