Mesti terbayang-bayang roti naan yang enak lagi lazat bersama rasa "KABOOM!" ayam tandoori.
Tapi mana nak cari?
Tempat ini memang menjadi satu tempat yang bagus untuk mengadakan pesta makan roti naan, eh bukan tapi roti TEMPAYAN! Yang lainnya pula makanan ini tidak dihidangkan bersama ayam tandoori, tetapi dengan kari ayam, ikan, daging dan kambing!
Haziq rasa kuahnya mempunyai ramuan yang tertentu membuatkannya sedap seperti makan ayam KFC. Orang ramai datang pada waktu malam terutamanya selepas menunaikan solat Isya'. Kalau nak cari tempat duduk memang susah kerana kadang-kala restoran itu PENUH! Kalau Haziqlah, Haziq sanggup beratur di luar menunggu orang habis makan.
Kalau orang jadi burung hantu, Haziq pun jadilah burung merpati. Waktu pagi memang BEST! Banyak makanan yang dijual pada masa itu dan kalau yang rindu akan rasa Mamak di Kuala Lumpur, datang sahaja ke sini! Roti canai tak ubah seperti makan makanan di Perancis. HAHAHAHA hebatkan perumpamaan.
Harganya pun taklah mahal dan tuannya peramah sampai Haziq sekeluarga jadi kawan dia. Memang tidak dapat dinafikan keenakan yang menjilat jari ini. Kalau rindu akan roti naan, marilah makan ROTI TEMPAYAN!!!!!
Sunday, May 23, 2010
Tempayan n Roti...ummmm???
Posted by Hajiku-chan at 8:04 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment